Rabu, 6 November 2013

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH DAN SUKANEKA PIBG 2013

TARIKH : 24 DAN 26 OKTOBER 2013
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SK ST JOHN TAEE

Seawal jam 7.00 pagi, warga SK St John Taee sudah sibuk menyediakan peralatan untuk persediaan Sukan yang akan berlangsung hari ini. Pada 24.10.2013, acara sukan untuk Prasekolah diadakan. Para pelajar lain berada di tepi padang memberi sorakan sokongan untuk rumah sukan masing-masing. Pad tahun ini, nama rumah sukan masih kekal menggunakan nama warna iaitu Rumah Kuning, Rumah Hijau, Rumah Biru dan Rumah Merah.

Selain acara untuk Prasekolah, acara lontar peluru dan lompat jauh untuk kategori tahun 4, 5 dan 6 turut diadakan.




ACARA KEMUNCAK SUKAN TAHUNAN
TARIKH : 26.10.2013 (SABTU) 
Pada pagi ini, acara dimulakan dengan acara perbarisan lintas hormat dari setiap kontinjen rumah sukan.Setiap peserta lengkap berpakaian mengikut warna rumah sukan masing-masing.
 

Sukan Tahunan kali ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah iaitu Encik Batty Juram dengan membuat 3 kali paluan gong sebagai simbolik perasmian.


Adik Herisky Den jaguh lontar peluru peringkat Bahagian Samarahan diberi penghormatan untuk membawa dan menyalakan obor kejohanan pada tahun ini.



Jumaat, 1 November 2013

PROGRAM RIMUP

PROGRAM RIMUP
GABUNGAN BERSAMA 
SK ST JOHN TAEE
SJK CHUNG HUA BT 29
 SK ALL SAINT PLAMAN NYABET
TARIKH : 19.10.2013
TEMPAT : SK ALL SAINT PLAMAN NYABET  

Pada awal pagi hari ini, semua pelajar tahun 6 termasuk guru SK St John Taee telah bersedia seawal jam 7.00 pagi untuk berangkat ke SK All St. Plaman Nyabet, Serian. Guru yang terlibat dalam program RIMUP hari inisedang berposing di depan pintu masuk SK All St Plaman Nyabet. Jurugambar tak nampak la...
Sebelum berangkat, pelajar dan guru sempat bergambar di astaka baru sekolah.

Seronok juga di SK All St Plaman Nyabet. Persekitarannya hijau dan bersih. Kawasan di sini agak sejuk kerana dikelilingi pokok. Di tepi padang dikelilingi pokok durian yang masih kecil buahnya.Ketibaan kami bersama dengan peserta dari SJK Chung Hua Bt 29 disambut oleh Guru Besar dan guru-guru SK All St plaman Nyabet dengan ramah. Aktiviti pertama yang dilakukan pada pagi ini ialah Senamrobik yang dikendalikan oleh Encik Ismail dari Hospital Serian.

Selepas bersenam, peserta seterusnya dibawa berjalan mengelilingi Kampung Nyebet.
Gelagat pelajar yang suka berposing sambil berjalan. Tak terasa juga kepenatan bila santai begini. 

Aksi perlawanan sengit antara dua pasukan yang "kurang kuat" berebut tempat kedua dalam tarik tali. Akhirnya menang juga SK St John Taee meraih tempat kedua.

 Beginilah amalan yang patut diamalkan selalu. Berbaris mendapatkan makanan. 

Pasukan Kuiz berjaya menjuarai ketegori mereka. Begitu juga dengan pasukan relay 100 meter. Tahniah.

Sungai di kampung Nyabet jernih dan sejuk. Peserta diberi peluang menikmati kesejukan air dan keindahan persekitaran di kampung ini. 

 Sesi bergambar beramai-ramai mengakhiri Program RIMUP hari ini. Tahniah kepada SK All St Plaman Nyabet kerana berjaya menganjurkan Program kali ini dengan jayanya. Jumpa lagi di tahun 2014...



 

Rabu, 2 Oktober 2013

CERAMAH BOMBA

CERAMAH BOMBA
TARIKH : 25 SEPTEMBER 2013
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA SK ST JOHN TAEE

PENCERAMAH JEMPUTAN : 4 ORANG PEGAWAI BOMBA SERIAN

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam ceramah pada pagi ini. Ramai juga ibu bapa yang hadir hari ini. Mereka turut bersoaljawab dengan pegawai Bomba tentang banyak perkara yang berkaitan dengan risiko kebakaran.

Salah seorang daripada penjaga pelajar bertanyakan soalan kepada pegawai Bomba berkaitan dengan risiko kebakaran. 

 Pegawai Bomba memberi ceramah tentang risiko kebakaran dan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh audien.
 Reaksi ibu bapa yang berkongsi pengalaman tentang kesan kebakaran. Ini turut memberi pengajaran kepada para pelajar tentang bahayanya api.


 Praktikal menggunakan alat pemadam api di padang sekolah.

 Ibu bapa diberi penerangan tentang cara menggunakan alat pemadam api dengan betul.

 Pegawai Bomba menunjukkan serbuk dari alat pemadam api.

 Guru Besar, Encik Samus menunjukkan kemahiran memadam api dengan menggunakan alat pemadam api.

 Dua orang wakil pelajar iaitu Darcy dan Cossly memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api.

Guru Besar memberikan cenderamata kepada Pegawai Bomba sebelum majlis bersurai.

Isnin, 30 September 2013

SARANA IBU BAPA

MENGECAT KELAS TAHUN 6
TARIKH : 7 SEPTEMBER 2013
HARI : SABTU

Pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga pelajar tahun 6 yang terlibat dalam menghias dan mengecat kelas tahun 6 pada masa ini. Tujuan utama aktiviti ini ialah untuk menjadikan kelas ceria dan pelajar seronok untuk belajar dalam kelas.

 Kaum Ibu menunjukkan kemahiran mengecat masing-masing.

 Ibu bapa bekerjasama mengecat kelas.

 Datuk Randolf menggaulkan cat sebelum dituangkan ke bekas lain untuk disapu kedinding.

 Kaum ibu melekatkan kain alas meja para pelajar.


Ibu bapa berehat setelah selesai melakukan kerja.
Inilah hasil kerja ibu bapa. Segalanya kemas, menarik dan ceria. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

PERKHEMAHAN GABUNGAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH DAN PBSM

PERKHEMAHAN GABUNGAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH DAN PBSM
TARIKH : 27 HINGGA 28 SEPTEMBER 2013
TEMPAT : PADANG SK ST JOHN TAEE

GURU TERLIBAT : 
USTAZ ABDUL RAHMAN (PENGERUSI)
CIKGU LINDA (SETIAUSAHA)
SEMUA GURU SK ST JOHN TAEE

JUMLAH PESERTA: 98 ORANG PELAJAR 

Bagi melengkapkan takwim TKRS dan PBSM, kedua-dua Persatuan telah bergabung untuk menjayakan perkhemahan peringkat sekolah pada tahun ini. Peserta yang terlibat kelihatan seronok dan telah mendapat pengalaman baru.

 Pelajar tekun mendengar taklimat daripada kem komanden sebelum aktiviti dijalankan bagi mengelak kemalangan dan kecederaan.

 Cikgu Eileen memeriksa pelajar di khemah bagi memastikan mereka tidak berkeliaran.

 Pelajar seronok berkumpul dalam khemah.

 Pelajar belajar membuat gejek dengan menggunakan buluh dan tali rotan.

 Kerjasama dalam pasukan dapat menjadikan kerja yang susah menjadi senang.







PERKHEMAHAN PBSM

PERKHEMAHAN PBSM PERINGKAT DAERAH SERIAN
TEMPAT : SK ST DOMINIC PICHIN
TARIKH : 13 - 16 SEPTEMBER 2013

Seramai 8 orang pelajar terlibat dalam perkhemahan ini. Cikgu Linda terlibat langsung dalam perkhemahan ini. Beberapa orang guru lain turut terlibat secara bergilir-gilir membantu dalam mengurus pelajar dari hari Jumaat hingga Isnin.

Cikgu Fieldie membantu pelajar membina pagar khemah.

 Inilah barisan pelajar yang dipilih untuk mewakili SK St John Taee dalam perkhemahan PBSM di SK St Dominic Pichin.

 Pelajar bekerjasama membuat gejek. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan pelaajr.

Aktiviti masakan rimba memberi pengalaman baru kepada para peserta terutama mereka yang tidak pernah masuk ke dalam hutan.
 
Hari terakhir, pelajar merobohkan khemah masing-masing.