MINGGU KEBERSIHAN GIGI
TARIKH : 10 - 14 JUN 2013
TEMPAT : PERPUSTAKAAN SK ST JOHN TAEE
Ini merupakan hari terakhir pihak dari klinik Pergigian Daerah Serian berada di SK St John Taee. Para jururawat telah menunjuk cara yang betul untuk memberus gigi kepada para pelajar.
Adik Joseph teruja memberus gigi di hadapan kawan-kawannya.
Salah seorang jururawat membuat demonstrasi cara memberus gigi.
Adik Azes mendapat rawatan pergigian daripada doktor gigi.
Seronoknya para pelajar memberus gigi...
Memberus gigi selepas makan adalah satu amalan yang baik.
Selepas demonstrasi memberus gigi dan pemeriksaan gigi dibuat, jururawat memberikan sedikit ceramah berkenaan dengan pentingnya menjaga kebersihan gigi.
Para pelajar mendengar dengan penuh minat ceramah yang disampaikan oleh pihak dari Klinik Pergigian Serian.
Adik Jonathan merupakan salah seorang daripada pelajar yang mempunyai gigi yang bersih. Jadi dia tidak dipanggil untuk dicabut atau ditampal giginya.