Ahad, 7 Julai 2013

PEMBANGUNAN SEKOLAH 2013




JAMBATAN DAN DEWAN BARU

Pada tahun ini, SK ST John Taee telah mendapat satu perubahan dari segi naik taraf dewan, jambatan dan bumbung pejalan kaki ke tandas Pra Sekolah. Peruntukan yang disalurkan daripada kerajaan telah digunakan sebaik mungkin untuk memastikan infrastruktur sekolah sentiasa memberi keselesaan warganya.




Kelihatan beberapa pekerja memasang  tiang untuk menyambung atap dewan serbaguna yang sedia ada.
Gambar di bawah menunjukkan dewan serbaguna yang telah siap dipasang.



Gambar di bawah memaparkan jambatan lama yang menjadi laluan ke sekolah yang dibina dengan menggunakan kayu belian telah dirobohkan. Proses menuang simen konkrit sedang dilakukan.

Jika selama ini pelajar Pra sekolah sering manghadapi masalah untuk ke tandas terutama pada musim hujan, namun kini masalah tersebut telah diatasi dengan adanya bumbung dan laluan yang sempurna.


Pembinaan Gelanggang Serbaguna 


Projek naik taraf Astaka Sekolah


Projek naik taraf tempat letak kereta guru.



Projek naik taraf dan membina Prasekolah baru.