Rabu, 6 November 2013

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH DAN SUKANEKA PIBG 2013

TARIKH : 24 DAN 26 OKTOBER 2013
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SK ST JOHN TAEE

Seawal jam 7.00 pagi, warga SK St John Taee sudah sibuk menyediakan peralatan untuk persediaan Sukan yang akan berlangsung hari ini. Pada 24.10.2013, acara sukan untuk Prasekolah diadakan. Para pelajar lain berada di tepi padang memberi sorakan sokongan untuk rumah sukan masing-masing. Pad tahun ini, nama rumah sukan masih kekal menggunakan nama warna iaitu Rumah Kuning, Rumah Hijau, Rumah Biru dan Rumah Merah.

Selain acara untuk Prasekolah, acara lontar peluru dan lompat jauh untuk kategori tahun 4, 5 dan 6 turut diadakan.




ACARA KEMUNCAK SUKAN TAHUNAN
TARIKH : 26.10.2013 (SABTU) 
Pada pagi ini, acara dimulakan dengan acara perbarisan lintas hormat dari setiap kontinjen rumah sukan.Setiap peserta lengkap berpakaian mengikut warna rumah sukan masing-masing.
 

Sukan Tahunan kali ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah iaitu Encik Batty Juram dengan membuat 3 kali paluan gong sebagai simbolik perasmian.


Adik Herisky Den jaguh lontar peluru peringkat Bahagian Samarahan diberi penghormatan untuk membawa dan menyalakan obor kejohanan pada tahun ini.



Jumaat, 1 November 2013

PROGRAM RIMUP

PROGRAM RIMUP
GABUNGAN BERSAMA 
SK ST JOHN TAEE
SJK CHUNG HUA BT 29
 SK ALL SAINT PLAMAN NYABET
TARIKH : 19.10.2013
TEMPAT : SK ALL SAINT PLAMAN NYABET  

Pada awal pagi hari ini, semua pelajar tahun 6 termasuk guru SK St John Taee telah bersedia seawal jam 7.00 pagi untuk berangkat ke SK All St. Plaman Nyabet, Serian. Guru yang terlibat dalam program RIMUP hari inisedang berposing di depan pintu masuk SK All St Plaman Nyabet. Jurugambar tak nampak la...
Sebelum berangkat, pelajar dan guru sempat bergambar di astaka baru sekolah.

Seronok juga di SK All St Plaman Nyabet. Persekitarannya hijau dan bersih. Kawasan di sini agak sejuk kerana dikelilingi pokok. Di tepi padang dikelilingi pokok durian yang masih kecil buahnya.Ketibaan kami bersama dengan peserta dari SJK Chung Hua Bt 29 disambut oleh Guru Besar dan guru-guru SK All St plaman Nyabet dengan ramah. Aktiviti pertama yang dilakukan pada pagi ini ialah Senamrobik yang dikendalikan oleh Encik Ismail dari Hospital Serian.

Selepas bersenam, peserta seterusnya dibawa berjalan mengelilingi Kampung Nyebet.
Gelagat pelajar yang suka berposing sambil berjalan. Tak terasa juga kepenatan bila santai begini. 

Aksi perlawanan sengit antara dua pasukan yang "kurang kuat" berebut tempat kedua dalam tarik tali. Akhirnya menang juga SK St John Taee meraih tempat kedua.

 Beginilah amalan yang patut diamalkan selalu. Berbaris mendapatkan makanan. 

Pasukan Kuiz berjaya menjuarai ketegori mereka. Begitu juga dengan pasukan relay 100 meter. Tahniah.

Sungai di kampung Nyabet jernih dan sejuk. Peserta diberi peluang menikmati kesejukan air dan keindahan persekitaran di kampung ini. 

 Sesi bergambar beramai-ramai mengakhiri Program RIMUP hari ini. Tahniah kepada SK All St Plaman Nyabet kerana berjaya menganjurkan Program kali ini dengan jayanya. Jumpa lagi di tahun 2014...