Selasa, 29 Mac 2016

PERASMIAN BANGUNAN PEJABAT BARU
OLEH
 YANG BERHORMAT DATO SRI MICHAEL MANYIN ANAK JAWONG

TARIKH : 15.2.2015

Pihak sekolah ingin merakam setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Sri Michael Manyin anak Jawong kerana sudi merasmikan Bangunan Pejabat Sekolah Baru. 

 Yang Berhormat Dato Sri diiringi oleh PPD Serian, Encik Yunus Apok dan Guru Besar, Encik Samus Rama bersalaman dengan ibu bapa dan penjaga murid SK St John Taee.





 Yang Berhormat bersama tetamu jemputan menyaksikan persembahan daripada murid.


GOTONG-ROYONG PERDANA 2016

TARIKH : 11.2.2016
PENGLIBATAN : PIBG DAN AGENSI LUAR

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kesan banjir kilat di sekolah ini. Hasil kerjasama semua, maka kerja yang susah menjadi senang. Kawasan sekolah yang kotor telah kembali bersih. 

Bilik darjah kini dapat digunakan untuk sesi P&P.  









 Bapa dan penjaga murid bekerjasama dalam pembersihan kawasan sekolah.

 Tidak ketinggalan: Anggota Bomba Serian yang terdiri daripada 5 orang ahli turut membantu dalam membersihkan kesan banjir.

 Tekanan air yang rendah membataskan pembersihan kali ini. Anggota Bomba terpaksa menggunakan air dalam tangki kereta Bomba sahaja.


 Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli PIBG dan anggota Bomba yang terlibat dalam gotong-royong kali ini. Penat lelah kalian amat dihargai oleh pihak sekolah.
BANJIR KILAT 2016

Pada tahun ini, SK St John Taee telah dilanda banjir kilat sebanyak dua kali. Ini merupakan sejarah bagi sekolah ini yang belum pernah mengalami banjir kilat melebihi kedalaman 1 meter dalam kelas. 

Banyak kerosakan dialami akibat banjir kilat tersebut.
 









Majlis Daerah Serian juga membantu dalam membersihkan kesan banjir kilat.





 
BANTUAN PERSEKOLAHAN 2016

Pada tahun ini, tidak semua pelajar layak menerima bantuan persekolahan RM100 seperti pada tahun 2015. Ini berpandukan pendapatan keluarga. 

Antara gambar yang sempat dirakam semasa penyerahan bantuan.

 PKHEM, Cikgu Jessica sibuk melayan penjaga penerima bantuan persekolahan.


 Pn. Rose dan Pn. Roslind turut sibuk memastikan pemberian wang bantuan persekolahan teratur dan tepat.

 Bagi penerima bantuan persekolahan, gunalah wang yang diberi dengan cara yang betul.