HIGHLY IMMERSIVE PROGRAME (HIP)
PENGELOLA : PANITIA BAHASA INGGERIS
PENGLIBATAN : SEMUA GURU, IBU BAPA/PENJAGA, SEMUA PELAJAR
Pada 11.7.2016, Program HIP telah bermula dengan melibatkan semua guru. Cikgu Eileen selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris telah menjadi Jurulatih peringkat sekolah. Pendedahan telah diberikan kepada semua guru sebelum Program didedahkan kepada ibu bapa dan penjaga.
Cikgu Eileen memberikan Kursus Dalaman kepada guru-guru.
Para guru tekun mendengar pendedahan daripada cikgu Eileen.
Pendedahan HIP telah disampaikan kepada ibu, bapa dan penjaga pelajar pada 12.7.2016 bermula dengan ibu bapa pelajar Tahap 2. Taklimat pendedahan disampaikan oleh Cikgu Eileen dan Guru Besar, Encik Samus di kelas Tahun 4 dan 5.
Ibu bapa dan penjaga tekun mendengar taklimat yang disampaikan.
Ramai dikalangan ibu, bapa dan penjaga pelajar di sini fasih berbahasa Inggeris kerana sekolah ini merupakan antara sekolah terawal di Sarawak.
Cikgu Jetim membantu penjaga pelajar mengisi soal selidik.
Para ibu bapa mengisi borang soal selidik yang diberikan.
AKTIVITI HIP
Pasukan Koir Sekolah menyanyikan lagu Dalam Bahasa Inggeris semasa perhimpunan sekolah.