Ahad, 1 September 2013

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2013


Aktiviti yang dijalankan oleh guru dan murid serta kakitangan sekolah dalam menceriakan sekolah

  
Guru bersama dengan pelajar merentang Jalur Gemilang yang panjang di pagar sekolah.

Pemandangan setelah Jalur Gemilang yang panjang di gantung pada pagar sekolah.

Pejabat guru turut dihiasi dengan Jalur Gemilang.
Tidak ketinggalan hasil kreativiti murid dan guru telah menghasilkan Jalur Gemilang dengan teknik kolaj. terima kasih diatas usaha adik Brenda, Sassy dan rakan-rakan.

Pakcik Janpan dan "Uncle" Najol  turut menyumbangkan idea menghias Pondok Merdeka.

Hasil idea daripada Guru Besar sendiri telah menghasilkan pondok merdeka. Beliau turut banyak berkorban masa dan tenaga bersama pakcik Janpan dalam menyiapkan pondok ini.

Guru dan pelajar menggunakan waktu terluang pada setiap petang mewarnakan Jalur Gemilang terpanjang di sekolah.


Kelihatan Cikgu Abdullah, Cikgu Winnie dan Cikgu Jetim berbincang dan bersama-sama menyumbang idea bagi tujuan melaksanakan projek membuat Jalur Gemilang dengan teknik kolaj.


Beberapa orang pelajar menyiapkan Jalur Gemilang dengan tekun dan tabah.

Pemandangan sekolah yang dipenuhi kibaran Bendera.

Guru Besar bersama Pegawai Penerangan Bahagian yang mengadili Keceriaan Sekolah Dalam Perhiasan Bendera Sempena Bulan Kemerdekaan.

Cikgu Abdullah dengan kreativitinya menghias basikal lama dengan Jalur Gemilang dan gambar Perdana Menteri Malaysia.


1 ulasan: